2 comments

MAKARONI BOLOGNAISE

...JUST SHARING....




BAHAN-BAHAN
400g makaroni
400g daging hancur
3 biji cili api
1 biji bawang
1 biji tomato
1 botol sos spaghetti
1 tin cendawan butang
sedikit kupang (jika suka)


CARA-CARA
  1. Rebuskan makaroni selama 7-8 minit atau sehingga lembut.
  2. Tumiskan bawang yg dicincang dan masukkan sos spaghetti.
  3. Biarkan seketika dan masukkan daging hancur.
  4. Masak selama 5 minit, pastu masukkan cendawan yg dihiris dan sedikit garam.
  5. Last sekali, masukkan tomato yang telah di chopped.

SIAP ! DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ...
read more
0 comments

LAKSA

ASSALAMUALAIKUM..hari ni ada tetamu dari melaka dan johor iaitu kakak dan abg aku sendiri hehe.. Kaklah baru habis kursus, abg sesaja balik hujung minggu. Mengado ! hehe..oky meh kite tengok resepi.

BAHAN-BAHAN
10 ekor ikan kembung/sardin
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
2 batang bunga kantan
6 keping asam gelugor/asam keping
Daun kesum
Garam

CARA-CARA
  • Mula2, rebuskan ikan yg telah disiang dan dicampurkan dgn beberapa asam keping selama 5 minit.
  • Asingkan isi dengan tulang. Kisar isi ikan halus2 ye. Nak kasar sikit pon takpe..


  • Rebuskan cili kering dan kisarkan.
  • Tumiskan bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Pastu masukkan cili kisar dan masak sampai naik minyak.
  • Bila cili dah masak, masukkan isi dan tulang ikan yg diblend.
  • Masak selama setengah jam dan masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan garam.
  • Biarkan seketika dan rasa.













Siap...! SELAMAT MENCUBA ^^

read more
0 comments

BIHUN TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM WR.WB...petang ni nak masak apa yek.. bila cuaca pun nak hujan, terfikir nak makan benda yg berkuah. tapi bukan meggi ye. Dalam peti banyak sayur dan orang kat rumah ni memang susah nak habiskan sayur walaupun masak sikit je... contoh 1 ikat sawi jepun. So, dapat lah idea masak bihun tomyam.. tengah masak gas habis pulak huhu..



BAHAN-BAHAN
Ayam/Sotong/Udang
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih-di ketuk
4 helai daun limau purut
2 biji buah tomato (chopped/belah 6)
6 biji cili padi (ikut kepedasan)
2 paket pes tomyam
Garam

Sayuran:
Bunga kubis
Carrot
Cendawan
Putik jagung


CARA-CARA
  • Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang, daun limau purut dan cili.
  • Bila dah mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam dan garam.
  • Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
  • Tutup api dan masukkan daun ketumbar jika ada. Rasakan kuah tersebut.

Alhamdulillah kenyang..tengah makan bihun, 
atuk datang bawakkan jagung rebus..yummy ~ 
rezeki.. alhamdulillah ya Allah..

read more
0 comments

DAGING KERUTUP

Kerutuk / kerutup / kerutub adalah maksud yg sama iaitu sejenis masakan kelantan...Masakan ini boleh dimasak dgn daging/ayam kampung/itik serati...

Tengah best layan cite korea, salaryman Cho Han Ji, abg yg sulung balik n tibe2 suruh masak daging kerutup..seingat aku, tak pernah masak daging ni sepanjang hidup 19 tahun ni hehe..Tapi alhamdulillah, bahan2 nye dah ada..
Kalau takde rempah kerutup, umi kate boleh campur serbuk kari + kurma..Maybe tekstur dan rasanye lain sikit..


Bahan-bahannya:

500g daging

2 cawan santan
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji kayu manis
2 biji bunga lawang
1 paket kecil kerisik
3 sudu rempah kerutup
3 batang serai ( diketuk )
4 biji bawang besar ( dikisar )
4 ulas bawang putih ( dikisar )
 sedikit air asam jawa
sedikit gula & garam



Cara-caranya:

  1. Tumisakan bahan yg dikisar dan rempah-ratus sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan serai dan rempah kerutup yg telah dibancuh.
  3. Bila bahan tumisan telah pecah minyak, masukkan daging yang telah dibasuh bersih. 
  4. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
  5. Setelah daging empuk, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. 
  6. Tambahkan dengan santan pekat dan kerisik. 
  7. Angkat bila kuah memekat dan daging benar-benar empuk.


*NOTA : MASUKKAN 2 BIJI BUAH KERAS YANG 
               DITUMBUK SUPAYA DAGING CEPAT EMPUK

read more
0 comments

SHARING IS CARING...

NAK BUAT TAJUK APE YE UNTUK PERKONGSIAN KALI INI...HUHUHU
SHARING IS CARING BOLEH KOT... 
ATAU PENGENALAN REMPAH RATUS ??


BAWANG MERAH


  • Merupakan bahan wajib dalam masakan yg disediakan sama ada dimasak atau dibuat kerabu.
  • Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu pertumbuhan tisu tulang & mengurangkan risiko osteoporosis.
  • Bawang merah juga mengurangkan tekanan darah tinggi, menghindar kanser perut, mencairkan darah, mengurangkan risiko alzheimer & mengurangkan tahap gula bagi pesakit kencing manis.

BAWANG BESAR


  • Perbezaan dgn bawang merah, cuma saiznya tapi bwg ni lebih mudah utk digunakan di kenduri.
  • Boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk atau dikeringkan.
  • Petua untuk mudah dikupas, rendamkan di dalam air panas selama 10 SAAT dan kemudian dicelup ke dalam air sejuk dan kupas.
  • Untuk mengelakkan mata berair, basuh dahulu dengan air sejuk atau disimpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
BAWANG PUTIH


  • Mempunyai aroma yg kuat & tajam spt campuran pedas, pahit dan sedikit masam bgntung kpd jenis masakan.
  • Memilih bawang yg elok, pastikan kepalanya kering dan masih terlindung di dalam kulitnya.
  • Jika umbi akar kelihatan kehijauan, bermakna ia sudah tua atau tidak dijemur dgn baik.
BUAH KERAS


  • Banyak digunakan dalam masakan Indonesia & Malaysia sbg pemekat kuah.
  • Harus dimasak sblm dimakan, kerana mengandungi toksik yg tggi ketika mentah.
  • Untuk melembutkan daging, masukkan buah keras yg ditumbuk di dalam masakan.
  • Menyedapkan masakan berkari dan menambahkan lemak dalam masakan.
BUNGA LAWANG


  • Digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, briyani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut, dan ayam. 
  • Dapat membantu menghadamkan makanan serta melegakan sakit dada, sakit sengal tulang dan kembung perut.
  • Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning dan membiak melalui biji benih. 
  • Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari.
BUNGA CENGKIH


  • Baunya yg paling kuat antara rempah-ratus lain sehingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut.
  • Elok dibeli di dalam bentuk asal berbanding serbuk.
  • Untuk menentukan kualiti bunga cengkih, masukkan ke dalam secawan air.
  • Bunga cengkih yg elok akan terapung secara menegak manakala yg tidak elok, akan tenggelam atau terapung secara mendatar.
KETUMBAR


  • Bersifat hangat, kekacangan, dan berempah.
  • Berperanan sebagai bahan pemekat dan ramuan utama masakan India.
  • Apabila direneh dan diminum boleh mengubati bersin.
  • Digunakan untuk menjeruk sayur, membuat roti, sosej dan bir di luar negara.
  • Harus disimpan di dalam plastik kedap udara untuk mengekalkan mutunya.
KULIT KAYU MANIS


  • Digunakan untuk menumis, menambah wangian pada air gula, membuat cinnamon roll, pai epal serta membuat wangian.
  • Pengambilan setengah sudu serbuk kayu manis ke dalam minuman teh dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
  • Hampir tiga suku penduduk dunia menggunakan kayu manis.
HALBA


  • Bijirin benih keras daripada pokok kekacang.
  • Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis spt gula yg dibakar dgn sedikit saderi.
  • Banyak digunakan dalam serbuk kari.
  • Digunakan juga untuk membuat perisa vanilla, karamel, butterscotch dan maple.


JINTAN PUTIH


  • Rasa pahit dan bau suam disebabkan minyaknya yg banyak. 
  • Digunakan bersama jintan manis.
  • Banyak digunakan di dalam masakan stew dan panggang terutamanya kambing dan ayam.
  • Berkhasiat memanaskan badan dan jika diminum airnya baik untuk mengubati perut yg memulas.
LADA HITAM




  • Rasa pedas lada hitam berpunca daripada kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak patinya menghasilkan aroma lada.
  • Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam.
  • Selain digunakan di dalam masakan, ia amat popular dalam menghasilkan sos.
  • Di Malaysia, penanaman lada hitam terkenal di Sarawak.
CILI API


  • Cili yg bersaiz kecil, namun rasanya sangat pedas.
  • Apabila tersentuh kulit, boleh menyebabkan rasa pedih.
  • Untuk mengurangkan kepedasannya, buangkan biji.
  • Ia juga dikenali sebagai cili kampung, cili burung, cili thai dan cili padi.
CILI KERING


  • Menjadi bahan asas dalam masakan bersambal dan penggunaannya lebih enak dan selamat berbanding cili boh yg sudah ditambah dgn bahan pengawet.
  • Cara untuk mendapatkan kisaran yg halus, potong cili kering dan rebuskan.
  • Cara ini juga dapat mengurangkan bijinya dari lada.
  • Untuk memilih cili kering yg kurang pedas, pilih tekstur yang licin.
DAUN SUP


  • Digunakan di dalam sup, cucur bawang, atau sebagai hiasan makanan.
  • Selalunya, daun sup digabungkan dengan daun bawang.
  • Daunnya hampir sama dengan daun ketumbar.
  • Dapat menurunkan tekanan darah tinggi, dan masalah keracunan berpunca daripada jangkitan bakteria.
DAUN KESUM


  • Bau seakan daun ketumbar dicampur dengan limau.
  • Banyak digunakan dalam masakan seperti laksa dan asam pedas.
  • Penggunaan yg byk menyebabkan masakan menjadi pahit.
  • Air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelumumur, dan sebagai minuman selepas bersalin.
  • Kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C, dan bahan galian spt kalium, kalsium dan fosforus.
DAUN KARI


  • Tiada kaitan dengan serbuk kari, hanya daun penambah rasa.
  • Bau dan rasanya menonjol dan elok digunakan ketika segar.
  • Jika disimpan, jangan pisahkan dari tangkai kerana ia menyebabkan kehilangan rasa dan aroma daun kari.
DAUN KETUMBAR


  • Mempunyai aroma yg tajam dan rasa seakan2 sabun.
  • Dikenali juga sebagai daun Parsley Cina.
  • Daunnya lebih kecil dan baunya agak keras berbanding daun sup.
  • Daun ini digunakan segar dan ditabur atas hidangan spt sup, tomyam dan kari.
DAUN KUNYIT 


  • Bahan utama dalam masakan nyonya dan digunakan secara menyeluruh di dalam masakan India.
  • Digunakan dalam bentuk potongan atau hirisan.
  • Untuk menghilangkan sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air dan sapukan di kepala hingga rata.
DAUN KENCUR/CEKUR


  • Isi cekur mempunyai aroma yang agak lembut dan mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian minyak yang lain. 
  • Digunakan dalam pecal lele untuk mengeluarkan rasa yg lebih enak.
DAUN PANDAN



  • Berfungsi sebagai penambah rasa, bau dan warna pada sesuatu makanan.
  • Digunakan dalam manisan dan kuih-muih.
  • Aromanya yg kuat juga digunakan dalam perawatan tradisional seperti mandi akar kayu untuk mengembalikan tenaga dalaman wanita lepas bersalin.
DAUN LIMAU PURUT


  • Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam dan paprik kerana bau dan rasanya yang unik.
  • Digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
  • Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
  • Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
  • Dengan sedikit garam dan daun limau purut yang ditumbuk halus dapat mengelak daripada masalah kekuningan pada gigi.
HALIA


  • Mengandungi 3% minyak pati yg menghasilkan haruman unik.
  • Boleh direbus dan dicampur ke dalam teh untuk dijadikan teh halia serta dimaniskan dengan menambah madu.
  • Menjadi bahan rempah di dalam masakan Cina terutamanya makanan laut dan daging kambing.
KUNYIT 


  • Sebagai pewarna semulajadi dan mencantikkan sesuatu makanan.
  • Membantu proses penghadaman dan mengurangkan gas di dalam perut.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
  • Kunyit yg dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal2, sakit lutut, sendi dan ruam.
LENGKUAS


  • Mempunyai rasa pedas seakan akan halia dan lada, tekstur yang kasar.
  • Mempunyai bau damar seakan akan pokok pain.
  • Digunakan untuk menyahbaukan ikan dan daging.
  • Khasiatnya menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri2 afrodisiak.

read more
0 comments

SHAKLEE

Assalamualaikum..bertemu lagi kita pada kali ini...tapi kali ni saya nak sharekan......DIETARY SUPPLEMENT, SHAKLEE, set kurus.Set kurus shaklee adalah produk semulajadi yg membakar lemak, membuang toksin dan membina otot.3 ciri ini sgt penting untuk proses penurunan berat badan.Shaklee bukan seperti produk pelangsingan badan di pasaran skrg yg menjanjikan penurunan secara drastik. Ianya produk semulajadi yg kaya dengan nutrisi dan paling penting ianya HALAL dan ada kelulusan KKM.....Meh kite baca apa yg ada kat shaklee ni, produk yg sgt BAGUSS...

Alfalfa Complex (Essential Nutrition) 



Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Lecithin (Essential Nutrition)



Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

OmegaGuard™ (Heart Health)




Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. 



DAN BANYAK LAGI....


JIKA BERMINAT, SILA PM SAYA DI FACEBOOK : https://www.facebook.com/syirah.silat
ATAU CALL/MESSAGE/WHATSAPP DI : 0126455575 (FAEZ)

read more
0 comments

SATAY GORENG & KUAH KACANG

Feymes time raya...tak sah raya kalau takde satay goreng..kalau kat rumah atuk, selalunye wat 7 ekor.. 2 hari habis..sbb cucu cicitnye ramai hihi..disebabkan rumah aku pn akan dikunjungi oleh sanak saudara, so buat la 3 ekor je...it easy to make this (langgar je grammar huhu)


SEEKOR AYAM
  1. Mula2 amek bahagian isinye shj, rangka nye blh la digoreng atau buat sup..
  2. Potong kecik2, dan basuh....tapiskan
  3. Bila air ayam dah kering, letakkan : 300g gula (anggaran 2 senduk), sedikit garam dan serbuk kunyit
  4. Blend bahan2 berikut :  2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih ( ditapis airnya ), 3 sudu ketumbar & 2 sudu jintan (manis+putih) - disangan, 1/2 jari halia, 3 hiris lengkuas & 4 batang serai
  5. Gaulkan bahan tersebut dan rasa...perapkan sehari, dan goreng dgn kuantiti minyak yg sikit.          
  6. Makanan sampingan : lontong,timun,bawang,nasi impit
  7. Masa untuk buat kuahnye...
                           


KUAH KACANG

  1.  700g kacang tanah , disangan dan diblend kasar.
  2.  Rebus kacang yg diblend sehingga keluar minyak dan masukkan 2 senduk gula.
  3. Tumiskan 6 biji bawang merah, 7 ulas bawang putih & 2 batang serai.
  4. Masukkan 2 senduk cili bo atau cili kering yg dikisar.
  5. Masak cili selama 20 minit atau keluar minyak dan letakkan 3 keping asam.
  6. Bila cili dah masak, masukkan ke dalam kacang yg direbus..letakkan sedikit garam.




seLamAt meNcuBa......... ^_^
read more
0 comments

CREAM PUFF

PASTRY

BAHAN-BAHAN
100ml air 
45g butter-suhu bilik, potong 1cm 
60g tepung gandum- diayak 
2 biji telur(100g)

  • Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
  • Alaskan dulang oven dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  • Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus sapukan butter.
  • Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
  • Tepung gandum di ayak.
  • Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga   nampak kepingan nipis terbentuk.Kemudian padamkan api. 
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
  • Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.






  1. Masukkan adunan ke dalam pipping bag.
  2. Gunakan nozel 1 cm. 
  3. Kalau tak de potong je bucu plastik anggaran 1 cm.
  4. Pipe kan ke atas dulang.
  5. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit.
  7. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. 
  8. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. 
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan pastry cream.






PASTRY CREAM


500ml susu segar
110g gula kastor
45g mentega
40g tepung jagung
170g telur
1tbsp esen vanilla

  1. Panaskan susu dan masukkan gula apabila susu telah mendidih.
  2. Telur dan esen vanilla dipukul dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.. gaulkan sehingga sebati..
  3. Masukkan mentega yg telah dicairkan ke dalam campuran telur.
  4. Campurkan susu ke dalam bancuhan, gaul sehingga sebati n make sure telur tak berketul.
  5. Masukkan ke dalam pipping bag dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dimasukkan ke dalam pastry.
selamat mencuba... nak buat cream puff kne lebih dari sorang.. buat sorang2 susah n bosan huhu ^_^ oky , jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam.. saya nak masuk tidur dulu..ASSALAMUALAIKUM..
read more