2 comments

SPAGHETTI BOLOGNAISE

Assalamualaikum.. kabare semua ? hehe.. Rasanya dah lama tak update blog.. Bila sebut Bolognaise ni, semestinya ada daging hancur.. nak guna ayam hancur pun boleh :) pendek kata, masakan ni adalah basic western.. sama je bahan2 n cara nye dgn masakan makaroni hari tu..

Semalam, kakji dah belanja 2 kotak pizza saiz besar.. hoho.. kenyang.. hari ni, makan makanan western lagi huhu.. btw tengs to kakjie sbb dah belanja.. bukan selalu dapat makan mahal2 hehe..



BAHAN-BAHAN
300g spaghetti halus (jenama San Remo)
400g daging hancur
1 biji bawang (chopped) 
6 biji cili api (belah 2)
6 ulas bawang putih(blend)
1 biji tomato (chopped)
1 tin cendawan butang (sliced)
1 botol sos spaghetti cendawan
sedikit oregano 
sedikit garam

CARA-CARA 
  1. Rebuskan spaghetti selama 3 minit atau sehingga lembut.
  2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos spaghetti dan sedikit air.
  4. Kemudian, toskan daging dan masukkan ke dalam sos tersebut.Biarkan selama 6 minit.
  5. Akhir sekali, tomato yang telah dicincang dan sedikit oregano serta garam.

PIZZA SEDAP..CHEESE CHEESE BEEF CHICKEN ^_^
read more
2 comments

MAKARONI BOLOGNAISE

...JUST SHARING....




BAHAN-BAHAN
400g makaroni
400g daging hancur
3 biji cili api
1 biji bawang
1 biji tomato
1 botol sos spaghetti
1 tin cendawan butang
sedikit kupang (jika suka)


CARA-CARA
  1. Rebuskan makaroni selama 7-8 minit atau sehingga lembut.
  2. Tumiskan bawang yg dicincang dan masukkan sos spaghetti.
  3. Biarkan seketika dan masukkan daging hancur.
  4. Masak selama 5 minit, pastu masukkan cendawan yg dihiris dan sedikit garam.
  5. Last sekali, masukkan tomato yang telah di chopped.

SIAP ! DAN SELAMAT MENJAMU SELERA ...
read more
0 comments

LAKSA

ASSALAMUALAIKUM..hari ni ada tetamu dari melaka dan johor iaitu kakak dan abg aku sendiri hehe.. Kaklah baru habis kursus, abg sesaja balik hujung minggu. Mengado ! hehe..oky meh kite tengok resepi.

BAHAN-BAHAN
10 ekor ikan kembung/sardin
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar (blend)
5 ulas bawang putih (blend)
2 batang bunga kantan
6 keping asam gelugor/asam keping
Daun kesum
Garam

CARA-CARA
  • Mula2, rebuskan ikan yg telah disiang dan dicampurkan dgn beberapa asam keping selama 5 minit.
  • Asingkan isi dengan tulang. Kisar isi ikan halus2 ye. Nak kasar sikit pon takpe..


  • Rebuskan cili kering dan kisarkan.
  • Tumiskan bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Pastu masukkan cili kisar dan masak sampai naik minyak.
  • Bila cili dah masak, masukkan isi dan tulang ikan yg diblend.
  • Masak selama setengah jam dan masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan garam.
  • Biarkan seketika dan rasa.













Siap...! SELAMAT MENCUBA ^^

read more